|
Pengenalan Syarikat
PADA permulaan abad
terbaru, Chen Huaide - dengan pengamatan mendalam di bidang perniagaan -
nampak akan peluang-peluang niaga menggunakan kaedah e-dagang. Tanpa
menoleh ke belakang, beliau mengorak langkah berani melahirkan Hong Kong
Winalite International E-Commerce Co. Ltd dan Shenzhen Winalite
Technology Co. Ltd.
Dalam tempoh singkat, Winalite berkembang pesat memartabatkan e-dagang
dengan terma dan kaedah yang disebut Winalite Model, Winalite Effort,
Winalite Speed dan Winalite Myth bagi menggantikan sistem korporat dunia
yang sedia ada.
Winalite International muncul sebagai sebuah syarikat yang pakar dalam
penyelidikan dan pengembangan, (R&D) pengeluaran, termasuk pemasaran
produk tuala wanita. Penghasilannya melalui R&D yang ketat dan keupayaan
ini menjadikan ia syarikat paling tersohor baik di peringkat nasional
mahu pun global.
Pasukan R&Dnya dianggotai pakar berpengalaman, terlatih dan saintis
terkemuka bertaraf dunia. Dengan keluasan tapak kilang 100,000 meter
persegi yang dilengkapi 60 mesin automatik, ia dapat mengadunkan
pelbagai bahan mentah bagi menghasil tuala wanita yang memenuhi piawaian
antarabangsa. Dengan prasarana itu, syarikat mampu mengeluarkan 3 bilion
tuala wanita setahun dengan kualitinya mencapai piawaian antarabangsa.
Hasil keluaran yang dinamakan Love Moon Anionic sekaligus meningkatkan
pandangan bahawa tuala wanita hanya sebagai pelindung kepada tanggapan
ia lebih kepada penjagaan kesihatan.
Sebagai syarikat multinasional dengan moto ‘menghasilkan jenama bertaraf
dunia untuk semua orang & ‘menghasilkan produk terbaik untuk hidup
seharian’, Winalite International berjaya meletakkan dirinya di persada
dunia dalam teknologi kesihatan dengan mengukuhkan model perniagaan
secara e-dagang serta melantik agen-agen di peringkat regional.
Dengan kemampuan yang luar biasa itu - para elit dalam bidang pemasaran
yang berkebolehan tinggi dalam bidang teknologi kesihatan dan e-dagang –
membuatkan Winalite International menembusi pasaran dunia dengan mudah.
Setakat ini Winalite International berjaya membuka cawangan di lapan
negara, antaranya Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand,
Jepun, Hong Kong dan Taiwan. Namun begitu produknya telah lama berada di
lebih 50 negara terutama Asia Tenggara, di Amerika Selatan dan Eropah.
Setakat
ini, syarikat memiliki karyawan 160 dengan lebih 400,000 rakan niaga di
seluruh pelusuk dunia. Apabila Winalite pertama kali diperkenalkan, Chen
Huaide telahpun menetapkan halatujunya – menjadikan Winalite di antara
50 syarikat terkemuka dunia. Dan kini syarikat sedang menuju ke arah itu
dengan diterajui oleh mereka yang sangat berpengalaman, berpengetahuan,
komited dan bertanggungjawab.
Lebih daripada itu, mereka sanggup berkorban dengan berpegang pada visi
syarikat yang cukup jelas – membantu semua orang ke arah kehidupan sihat
serta melahirkan rasa kecintaan sesama manusia. Di samping itu berhasrat
memberi peluang mengembangkan karier masing-masing dalam bidang
perniagaan melalui produk kesihatan serta meningkatkan budaya korporat
yang tinggi nilainya. Syarikat juga berpegang kepada asas-asas teknologi
yang sekaligus menjurus ke arah rasa cinta sesama insan.
Laman web syarikat
www.winalite.com.my
|